Lawatan Penanda Aras ke SK Bandar Baru Uda (2) Johor Bahru
DURIAN TUNGGAL: Seramai 40 orang guru Tahun Enam dan pentadbir dari sekolah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri DUN Durian Tunggal, di sini, baru-baru ini.mengadakan lawatan Penanda Aras ke Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) membabitkan Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Uda (2) di Johor Bahru.
Lawatan sehari itu dianjurkan oleh Majlis Permuafakatan Pendidikan (MPP) Dun Durian Tunggal yang diketuai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk Ab. Wahab Ab. Latip
Ab. Wahab berkata, lawatan berkenaan antara lain bertujuan melihat dengan lebih dekat sekolah SBT yang diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran
“SK Bandar Baru Uda (2) sudah memperlihatkan kecemerlangan berterusan dalam pelbagai aspek seperti bidang akademik, kokurikulum, kepemimpinan dan program-program pengantarabangsaan. ia perlu dijadikan contoh dan motivasi kepada sekolah-sekolah lain khususnya di luar bandar untuk mempertingkat prestasi sekolah masing-masing.
“Jesteru, menerusi lawatan penanda aras ini, guru dan pentadbir akan mendapat pelbagai pengalaman, pengetahuan berguna selain budaya kerja cemerlang untuk dijadikan panduan bagi melonjakkan prestasi sekolah masing-masing,” katanya.
Lawatan itu turut disertai Penolong Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) Alor Gajah,
Zahiran Yahya, Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil Durian Tunggal, R. Premavathy dan Guru Besar SJK (Cina) Chabau, Chua Kui Hua.
Mengulas lanjut, Ab. Wahab yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri berkata, melalui pemerhatiannya dalam kunjungan ke sekolah itu, banyak yang dapat dipelajari dan dilaksanakan di DUN Durian Tunggal.
Katanya, budaya bersalam yang diterapkan kepada murid-murid, kebersihan persekitaran sekolah indah, aktiviti awal pagi kendalian setiap Panitia mata pelajaran, keceriaan bilik darjah dan pengurusan pentadbiran yang cekap boleh dijadikan contoh dan dilaksanakan.
“Guru-guru dan pentadbir di dalam kawasan Dun ini perlu mengambil peluang yang disediakan kerajaan untuk diiktiraf sebagai SBT kerana peluang masih terbuka iaitu 30 buah sekolah akan diiktiraf pada tahun 2011 dan 50 buah lagi pada tahun 2012,”katanya.
Jesteru, beliau berharap agar kepimpinan sekolah dan masayarakat setempat dapat memainkan peranan bagi memastikan sekurang-kurangnya sebuah sekolah di dalam Dun Durian Tunggal dapat diiktiraf sebagai SBT suatu hari nanti.
Guru Penolong Kanan Kurikulum (GPK), Badariah Abdul Hamid yang mewakili Guru Besar,Fuziah Hasan dalam ucapan balas, melahirkan rasa gembira dan terharu dengan kunjungan rombongan berkenaan dan berharap peserta rombongan akan mendapat manfaat sepanjang lawatan itu.
Sementara itu, seorang peserta rombongan, Muhammad Arrif Yaakop dari SK Parit Melana berkata, lawatan berkenaan berjaya mencapai objektif yang disasarkan kerana banyak input berguna boleh diterapkan dan diamalkan untuk mencapai sebagai sekolah cemerlang di kawasan luar bandar.
”Tidak mustahil sekolah-sekolah di kawasan luar bandar tidak boleh mencapai status sebagai sekolah SBT, namun perancangan awal perlulah diatur dan memerlukan keazaman yang tinggi untuk mencapai hasrat itu, ” katanya.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Keterangan gambar.
Gambar 1 AB. WAHAB dan peserta rombongan bergambar kenangan bersama guru dan pentadbir SK Bandar Baru Uda (2) sempena lawatan penanda aras baru-baru ini.
Gambar 2 AB. WAHAB menyampaikan cenderahati kepada Badariah sempena lawatan penanda aras baru-baru ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan